8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan
Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?
Biar saya beritahu anda satu rahsia:
Jangan harap
anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan
anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan
berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...
Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:
1. Kawal Pemakanan Anda
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda,
setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi
LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk
pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak
akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan
kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa
lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda
kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan
membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga
kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!
3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa
mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan
anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar
metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan
yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan
kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana?
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air
bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah
sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan
gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan
mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein
pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya
gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin
daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong
adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan
mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3
liter) setiap hari.
Selain itu, air
yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan
oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui
air kencing dan perpeluhan.
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda
digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit)
setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang
paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama
yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7
kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu,
apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/
rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti
ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
Perhatian:
Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan
kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk
mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka.
Jika anda fikir
mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya,
anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan
salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
Anda boleh
rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar
berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8
cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di
sini.
8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali,
anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang
ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri
anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
Timbang berat
badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan
anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak
kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!
No comments:
Post a Comment